BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, March 18, 2011

Alahai sekolahku..


sekolah aku ada di tengah2 bandar..tapi bila melangkah masuk ke sekolah aku rase macam aku dok di pedalaman Sabah & Serawak..hehehe...ramai yang terkejut bila dapat tahu murid-murid sekolah aku hanya ada 54 org..cikgu2 plak ada 16 orang..kemudahan tak yah crita la..makmal komputer tak da..internet tak da..mybe dia tak bagi cikgu2 kat sekolah tu berfb kot..hehe..

Bila berada dalam komuniti yang sikit ni hubungan jadi rapat..cikgu2 dapat kenal sume murid..hub antara cikgu pun rapat..tulah kelebihan sekolah yang cikgu & murid-murid sikit ni..ramai yang ckp sek murid sikit cikgu2 dia tak tekanan..ya betul tu..tak tekanan dari aspek pengajaran..tak banyak kerja kalu nk dibandingkan dengan sekolah yang ramai murid..cuma bab2 pentadbiran ja yang letih sikit..tapi ok lah sekurang-kurangnya kita dapat blaja banyak perkara..

jom melawat ke sekolah aku yang aman & damai ni :) *abaikan tarikh kat gmbr tu*





bilik buku teks


dewan sekolah


kantin sekolah


semua budak-budak sekolah


dataran perhimpunan

Thursday, March 10, 2011

bila cikgu bm berblog :)

peringatan :post ni perlu baca dengan teliti dan cuba fhm maksud yang hendak disampaikan berdasarkan situasi di bawah :)*post ni agak skema n serius*..hehehe

situasi 1..segelas air mineral dipegang.
.

SI A : kamu lihat air dalam gelas ni boleh diminum atau tidak??
SI B-Z : boleh..
SI A : ok saya dah minum..air ni nampaknya boleh diminum..

situasi 2..Air di dalam gelas tersebut di kacau dengan jari..
SI A : air dalam gelas ni boleh diminum atau tidak??
SI B- M : boleh
SI N-Z : tak boleh
SAYA : ada yang cakap boleh dan ada yang ckp tak boleh..ok saya dah minum..

situasi 3 : air didalam gelas dimasukkan dalam mulut, berkumur dan dimasukkan di dalam gelas tadi..
SI A : Air ni boleh diminum atau tidak??
SI B-Z : eee..geli lah..mana leh minum..
SI A : ok...semua cakap tak boleh minum..saya pun geli gak..

okeh..apa yang SI A cuba nak sampaikan berdasarkan situasi di atas adalah :
manusia ada 3 jenis (berdasarkan situasi 1,2 dan 3)
situasi 1 adalah jenis manusia yang berguna kepada diri dan juga orang lain..
situasi 2 adalah jenis manusia yang berguna pada diri sendiri dan juga sesetengah orang..
situasi 3 adalah jenis manusia yang tidak berguna pada diri sendiri & pada orang len..

pss... Anda berada di situasi yang mana??

Thursday, March 3, 2011

tak tau nk tulis apa..

hidup da makin teratur...da bole berpijak di dunia yg nyata..semakin hari semakin sibuk..minggu pertama berada di sekolah kepala masih ringan...boleh toleh kiri,toleh kanan..depan blakang...makin hari makin berat...nk dongak n tunduk pun tk boleh..heee..
keje dtg bagai cendawan tumbuh selepas hujan...

ok..sebenarnya aku cuba untuk tidak mengeluh n membebel ngan tugas2 yg aku trima..cuba positifkan fikiran dan cuba buat sehabis yang baik..kadang2 terbuat gak..nak wat cne..di luar kawalan..hehehe..

aku tk nk kerja dalam tekanan..so setiap kali dapat tugas baru & tak nk tertekan aku akan teringat ayat ni...TIME MUDA NI LAH KITA NK BLAJA BENDA-BENDA BARU,NAK DAPAT PENGALAMAN BARU..BILA DA BERUSIA KITA TAK MUNGKIN AKAN BLAJA DAH BENDA2 CAMNI..

_ minggu ni dah jalankan pelancaran Bulan Bahasa,program Nilam dan minggu
bahasa..sume berjalan ngn lancar *siap dapat pujian tuuu*hehehe
- Minggu depan * kena buat pelancaran Program PPDA..minggu ppda
* hadiri Taklimat pengurusan stress 8.30-4.30 (3 hari)
* buat soalan exam & jalankan ujian
* blaja cara nk isi data guru..
* Kena siapkan sudut denggi..

moga semuanya berjalan ngn lancar..boleh cuti ngn tenang :)

Monday, February 14, 2011

GURU KERJAYAKU

Alhamdulillah..Perjuangan selama lima tahun setengah telah membuahkan hasil..
sudah bergelar seorang guru & kini aku di


KUALA LUMPUR


Thursday, December 16, 2010

Allah Syg Dia..

Tika dan saat ini aku masih lagi tak dpt nak terima hakikat bahawa dia telah tiada..suara,tingkah lakunya dan perbuatannya masih lagi dirasai..

teringat kenangan masa kecik2 dulu..
disaat bekalan letrik terputus,
pelita dipasang
dan kami adik beradik akan mengelilingi pelita untuk mendengar cerita dongeng
dan arwah adalah penceritanya..
arwah jugalah yang mengajar kami adik beradik
& anak2 muda di kampung tu mengaji quran..
kalau sapu sampah di luar rumah..pasti sampah di luar rumah arwah juga akan disapu.
lauk yang dimasak pasti akan dihantar ke rumah arwah..
makanan yg dibeli pasti akan diberikan kepada arwah,
bila arwah dapat bonus, aku juga akan dapat bonus darinya.
bila perlawanan bola da mula,aku panggil arwah untuk menonton dan bersorak bersama-sama..


Semuanya hanya tinggal kenangan..
jam menunjukkan 11.56 p.m (14/12/2010) dan waktu itu merupakan tarikan nafas yang ketiga sebelum dia meninggalkan kami..meninggal dalam perjalan pulang ke rumah..tidak kesampaian hajat arwah untuk bertemu anak,menantu,cucu dan beberapa orang adik beradiknya...
Jam menunjukkan 5 pagi..anaknya tiba di depan pintu dah lemah dipangkuan ibunya..
kedengaran azan subuh berkumandang..
saat itu air mata aku mencurah2 bagaikan hujan yang turun membasahi bumi..

jenazah arwah selamat dikebumi jam 11.30 pagi..
yang pergi takkan kembali..
AL-FATIHAH buat Mat Daud Mamat
moga arwah ditempatkan bersama orang2 yang beriman..
-Amin-

Friday, November 12, 2010

Nak cantik gak...

Assalamualaikum..

Hari ni aku dah jadi model..*tulis sambil nyampah ngn ayat sendiri*hehehe..
bosan-bosan tak da keje nak buat hari ni..
kebetulan housemate aku baru ja g kelas makeup..
so aku tadah je la muka aku kat housemate aku ni tok ditenyeh2..
jom kita tengok hasilnya ........

*
*
*
*
*
eh jap2..tak da la pulak gambar aku sebelum dia makeup..
jap eh aku nk p curi gambar tu kat blog dia..hehehe

*
*
haaaaaaaa...dah dpt..
aku tahu korang tak sabar nak kutuk muka aku kan??
okeh aku izinkan..hahaha



ni gambar sebelum makeup..



ni gambar selepas makeup..
amacam ok tak??


Hari ni aku baru prasan yang aku ni tak sesuai makeup tebal sgt..
muka aku macam pelik jer..
tak nampak keayuannya..hahaha
kalau korang tak caya..
tgk gambar kat bwh ni plak..
*
*
*

ni gambar masa dinner bulan lepas..
juga rase mcm tak sesuai makeup :(


ni gambar 2 tahun lepas..
masa kak aku kawin..
seyes benci giler tgk gambar2 aku time ni..
tak nk kasi aku nampak comel langsung..*oppss..jgn menyampah yer..gurau je*hehehe


Pss: susah nk jumpa tukang makeup/cara makeup yg sesuai ngn muka kita kan??:(



Wednesday, November 10, 2010

Sebab korang kena remove..

Assalamualaikum..*haa..tak jwb bedosa tau* hehehe

Hari ni hari yang sangat tenang...exam da setel..
pasni aku tak yah susah-susah ngadap buku & nota2 da..
tak yah bengong2 sebab tak cukup tdo,
tak yah bebedar-debar sebab banyak tak benda tak study lagi..

5 tahun 1/2 bakal berakhir bila2 masa je la lagi dari sekarang..
nak balik tak boleh so terpaksa la lepak2 kat umah..kua ngn member2, tunggu tesis siap jilid, tunggu dinner dan bersiap sedia tuk dipanggil ke IPG secara mengejut..

Sambil2 tu bolehla layan fb sampai ke pagi..hehehehe..
haaaa..bercakap pasal fb ni aku rase sume org ada fb..
yg tak da fb tu ada dua kemungkinan ja..
yg pertama sebab dia tak minat sgt2 ngn fb*
mungkin fobia pakwe /makwe cabut lagi gara2 terpikat ngn laki/gadis lain kat fb* atau dia memang buta IT..hehehe..

Kawan-kawan fb penah remove korang tak??
mana la tau hari ni tgk friends ada 400 org..esok2 lusa da ada 200 org..haaa..
sah2 la kawan korang da remove korang..hahahaha
mangsa2 kejadian yang masih tak tahu mana silap korang sampai disingkir dari fb rakan..sila intai sebab2 kat bawah ni...
kot2 ada perangai @ sikap yang sama ngan korang..


1. Korang selalu update status yang menjengkelkan orang lain..contohnya
*Seronoknya i ada boyfriend kaya*

2. Korang tag nama semua teman lelaki kawan-kawan korang pada album seksi kamu
dengan tujuan suka2..

3. Korang suka tag nama kawan-kawan korang pada gambar/video yang tiada kena
mengena dengan mereka, kemudian bagi komen byk2 kat gambar/video tu..

4. Sentiasa beri komen negatif di profil fb org lain..itu tak kena,ini tak kena..*bajet
korang ja yang sume betul*


5. Korang suka tukar status fb setiap satu minit..*sampaikan nak masuk tandas pun
korang update*


6. Korang update gmbr kawan kamu paling hodoh dalam sejarah. Padahal kawan korang da beri amaran dah tak bagi masukkan..*haish korang memang degil*.

7. Kerap mencarut dalam bahasa pape pun kat wall korang atau org lain.

8. Haaa..ni satu lagi tabiat..pantang nampak kawan-kawan online..korang mesti nk ajak
bersembang..walhal korang tahu time tu dorang ngh online kat pejabat.

9. Korang tak penah on FB bertahun-tahun lamanya.sampaikan profile pic pun tak da..

pss : korang nombor brape??hehehehe