BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, April 27, 2009

Rahsia BULan Kelahiran

saya sebenarnya tak da keje hari ni..bosan duk melepak ja..saya google la cari petua..baca cerpen kat tenet la.singgah blog orang..last-last skali saya jumpa Kajian mengenai bulan kelahiran dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.
haha.sapa-sapa yang lahir bulan Julai tu meh la kita intai apa sikap kita..kalu yang baik tu jangan lupa heboh-hebohkan..kalu yang buruk diam-diam suda..hhahahhaha



JULAI
* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
betul kot..bila tengok orang susah sikit hati saya mudah tersentuh..kadang-kadang saya menangis tanpa saya sedari..
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
bagi saya kenangan bersama kawan-kawan sukar dilupakan..sebab itulah saya sentiasa berhubung dengan mereka..
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
yea..saya memang suka duduk di rumah dari keluar jalan-jalan..tapi bila da keluar tu mesti tak ingat dunia...*malas nak bersiap sebenarnya=)*
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
balik dari kampung ja mesti berat saya semakin menjadi-jadi..maklumla bukan selalu dapat merasa masakan ibu yang tercinta..
* Minta disayangi.
saya selalu mengharapkan orang menyanyangi saya..tapi sayang saya tak pandai nak tunjukkan kasih sayang saya pada mereka
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja.
saya rajin ikut mud..dan mud saya bukan sentiasa rajin


sikap kamu sama tak macam saya??

Monday, April 20, 2009

Oliday

sudah sebulan lebih saya berkurung kat bilik..
dalam sebulan lebih jugak la saya tak fikir pasal shopping, jalan-jalan,tengok wayang & men futsal. .
saya hentikan sume tu sebab nak tumpukan pasal praktikum..
dan skarang hidup saya dah bebas..bebas sebebasnya untuk semester ni..ehehhe
semua dah berakhir hari Jumaat yang lalu..
gembiranya hati ini..
tak payah fikir nak mengaja ape lagi...
tak da la saya tak tido malam lagi..
dah.saya nak lupakan sal praktikum nih..
ianya meninggalkan seribu pengalaman dan jugak kenangan.
harap-harap markah saya pun cantik jugak..hehhe

semalam untuk pertama kali nyer dalam sebulan lebih ni saya dapat habiskan masa dengan kawan-kawan..
pegi holiday kat Bukit Merah..
kat bawah ni picture kat sana yang sempat saya hupdate..


seronoknyer men air


Muka-muka yang pegi hOliday