BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 16, 2010

Allah Syg Dia..

Tika dan saat ini aku masih lagi tak dpt nak terima hakikat bahawa dia telah tiada..suara,tingkah lakunya dan perbuatannya masih lagi dirasai..

teringat kenangan masa kecik2 dulu..
disaat bekalan letrik terputus,
pelita dipasang
dan kami adik beradik akan mengelilingi pelita untuk mendengar cerita dongeng
dan arwah adalah penceritanya..
arwah jugalah yang mengajar kami adik beradik
& anak2 muda di kampung tu mengaji quran..
kalau sapu sampah di luar rumah..pasti sampah di luar rumah arwah juga akan disapu.
lauk yang dimasak pasti akan dihantar ke rumah arwah..
makanan yg dibeli pasti akan diberikan kepada arwah,
bila arwah dapat bonus, aku juga akan dapat bonus darinya.
bila perlawanan bola da mula,aku panggil arwah untuk menonton dan bersorak bersama-sama..


Semuanya hanya tinggal kenangan..
jam menunjukkan 11.56 p.m (14/12/2010) dan waktu itu merupakan tarikan nafas yang ketiga sebelum dia meninggalkan kami..meninggal dalam perjalan pulang ke rumah..tidak kesampaian hajat arwah untuk bertemu anak,menantu,cucu dan beberapa orang adik beradiknya...
Jam menunjukkan 5 pagi..anaknya tiba di depan pintu dah lemah dipangkuan ibunya..
kedengaran azan subuh berkumandang..
saat itu air mata aku mencurah2 bagaikan hujan yang turun membasahi bumi..

jenazah arwah selamat dikebumi jam 11.30 pagi..
yang pergi takkan kembali..
AL-FATIHAH buat Mat Daud Mamat
moga arwah ditempatkan bersama orang2 yang beriman..
-Amin-