BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, October 26, 2010

Mengenali Anak Didik

Masa kemas barang tadi aku terjumpa satu buku yang dah lama aku beli tapi tak berkesempatan nak baca lagi..padahal tak minat baca buku ilmiah..sebab dah ada kat tangan jadi aku amik la masa seminat dua tuk tengok benda apa yang ada dalam buku ni..skarang aku amik masa seminit dua lagi untuk kongsi ngan korang..dan aku minta korang pun amikla masa seminit dua untuk baca benda ni..tak rugi..kalau korang bukan cikgu..tak salah buat untuk diri sendiri, anak atau anak buah..:)

Analisa minat anak murid untuk memberikan gambaran mengenai dirinya dari segi cita-cita, sifat, perangai, prestasi, pendirian hidup, perwatakan, peribadi dan lain-lain. Ok kali ni kita analisa melalui jenis pokok yang murid-murid minat.

senaraikan nama-nama pokok dan pilih pokok yang diminati :-Pokok durian, rambutan, strawberry, limau/oren, betik/jambu, Mempelam, Kelapa, pisang/tebu/padi/serai, Kangkong/bayam/sawi, Pokok ru, bunga/ros/kertas, Orkid, Bunga Raya, Lalang

ok..meh kita tengok personaliti berdasarkan pokok yang dipilih :-

1. Pokok durian
disanjung orang, digeruni orang, suka membantu orang,dipandang tinggi/dihormati,mempunyai tenaga yang kuat,perlu berhati-hati dalam percakapan

2. Pokok rambutan
rendah diri,kelamkabut,suka menolong orang

3. Pokok strawberry
sensitif, fotogenik,suka disanjung,disukai ramai,suka bergaya,lemah pendirian,suka pada majlis yang besar2 dan protokol

4. Pokok limau/oren
senang bergaul,ada pendirian,disukai ramai,golongan sederhana,berani berterus terang,suka menolong orang,boleh bergaul dengan orang atasan.

5. Pokok betik/jambu
suka membantu,baik hati,sensitif,tidak suka bergaya,tetap pendirian

6. Pokok Mempelam
ada pendirian,disukai orang, tidak suka bergaya,suka membantu

7. Pokok Kelapa
ringan tulang, suka bergaul,rajin berusaha,suka berkawan,dikenali ramai,sanggup berkorban,suka merendah diri,suka menolong.

8. Pokok pisang/tebu/padi/serai
suka merendah diri, tidak suka bergaya,suka menolong, tidak suka byk cakap, tdk suka peduli hal orang.

9. Pokok Kangkong/bayam/sawi
rajin bekerja,dipandang rendah,berbudi pekerti mulia,ada kelebihan sendiri,tidak suka pedulu hal org lain

10. Pokok ru
suka menolong,tidak mahu bersusah payah,tidak/kurang bertanggungjawab

11. Pokok bunga/ros/kertas
peramah,suka bergaya,mudah mesra,pandai menjaga diri,suka berterus terang,suka pada kecantikan,tidak suka kerja-kerja berat/banyak

12. Pokok Orkid
agak sombong,suka kecantikan,kurang pendirian,suka berterus terang,kurang yakin pada diri sendiri, suka bergantung pada org lain.

13. Pokok Bunga Raya
memilih kerja, adakalanya ego, selalu perasan,menjaga status,suka menolong,tidak peduli hal org lain

14. Pokok Lalang
kurang tabah, suka berkawan,tidak bergaya, tiada pendirian..

Sunday, October 24, 2010

Adam Maya

Hari ni aku bukan nak cerita pasal citer Adam Maya yang dilakonkan Sein dan Lisa Surihani tu..tapi aku nak citer pasal Adam Maya yang aku sendiri jadi pelakonnya..haaaa..hebat kan...Jalan Cerita tak cukup menarik kot..sbb tu la aku tak glamor....heeee..ok stop membebel...Sebenarnya lepas dinner hari tu kitaorang da rancang nak pegi bercuti kat pangkor..kira aktiviti last kitaorang la sebelum habis blaja ni..pas ni da bawak haluan masing-masing da..entah bertemu ke tidak nanti tak tahu laaaa.
Seminggu sebelum pegi pangkor kitaorang da buat game Adam Maya...Aku akan dapat sorang Adam dan aku akan jadi maya orang lain..korang faham??kalau tak faham buat-buat fahamla ya..kami berutus surat selama 4 hari..aku bagi surat kat adam olok-olok aku dan aku akan terima surat dari orang lain..masing-masing tak tahu dapat surat dari sapa sehinggalah malam pembuka rahsia di pangkor dan kat Pangkor semuanya terbongkar dan sesi bertukar hadiah dijalankan..


malam pembuka rahsia (gigih hidupkan unggun api)


hadiah dari aku untuk Adam



hadiah dari fendi untuk aku sbg mayanya :)


Friday, October 22, 2010

Aku Kembali Episod 2

6/10/20

Ok..tarikh kat atas pun da lama berlalu..tapi akan jadi kenangan sepanjang hayat aku..Majlis Makan Malam Hitam & Putih Kehidupan. Bertempat di Hotel Impiana Ipoh..Sebelum majlis ni kelam kabut aku dengan housemate pegi cari kedai makeup yang paling murah..last-last tersangkut kat satu kedai pengantin..ati tak rasa berminat pun..tapi dah tak da pilihan lain terpaksa la..dan hasilnya sangat la tidak memuaskan hati aku..




Thursday, October 21, 2010

Aku Kembali Episod 1

Halloo..aku kembali lagi setelah berbulan-bulan menyepi..hari ni tiba-tiba je aku rasa nak menulis kat sini..bukan apa..sejak dua menjak ni banyak sangat aktiviti yang melibatkan aku..walau sume aktiviti tu da basi da..tapi aku still nak tulis kat sini..bukan apa..aku ni mudah pelupa orangnya..so blog ni la yang boleh ingatkan aku pasal memori aku kat ipoh ni..

15/8/2010

Tarikh kat atas tu tarikh besday En. Joe. Masa ni aku tengah sibuk dengan Internship kat sekolah. Tapi aku sempat survey & tempah cupcakes NR YuMmiE masa kat sekolah ari tu..En. Joe cakap kek dia sedap tapi dia sedihla sikit sebab kat kek tu aku tulis happy birthday joe je..tak tulis yang special-special sikit..heeee




Aku amik pakej A..(cupcakes, coklat, bunga & kad)..haaa..cantik tak cupcakes tu..seminggu aku sibuk cari design tau..last-last berkenan yang ni..kalau ikutkan kurang seseuai nak bagi orang laki..tapi nak wat camna aku dan bunga ni macam tak boleh berpisah dah..heeee

Sunday, July 18, 2010

Semakin Hari Semakin Tua

Assalamulaikum..

hari ni genaplah 23 tahun aku hidup di bumi pinjaman Allah..terima kasih kepada rakan-rakan yang wish besday aku hari ni..Terima kasih juga kepada En. Joe yang bawak aku jalan-jalan dan makan-makan di JJ..(*_*).. Besday hari ni adalah besday yang terakhir aku di sini..dan besday yang kelima aku sambut bersama En. Joe..lepas ni nak tak nak kena celebrate sorang-sorang la :(




da nak habis makan baru ingat nak ambik gambar

En. Joe lepas jumpa kawan baiknya


En. Joe ni kalau lepas makan memang tak boleh duduk diam..mesti nak kena jumpa kawan baik dia..Hari ni mud aku ok..aku teman ja la dia pegi jumpa kawan baik dia sampai dia boleh duduk diam. Harap sangat satu hari nanti dia akan berhenti dari jumpa kawan dia ni. Banyak keburukan yang kawan dia akan bagi dia kalau dia still jumpa lagi..


Penat jalan-jalan berehat kejap



Tak lupa juga terima kasih atas hadiah yang diberikan..(saya tak pernah mengharapkan awak bagi saya hadiah..tapi bila awak bagi saya dengan gembira menerimanya..hehehe)


Sunday, July 11, 2010

Jalan-Jalan di Bali..

Ceewahh..bila baca title kat atas tu macam yea-yea ja aku gi bercuti kat Bali..padahal gi Teluk Batik ja..idea spontan..disebabkan ramai yang balik kampung..Yang kewangan tak brape nak ada ni mula la berfikiran kreatif tuk isi masa yang free di hujung minggu. Konon-konon nak habiskan masa bersama sebelum semua bawak haluan masing-masing hujung taun ni. Pada hakikatnya bosan duduk kat rumah..heee.. Mula-mula n k bertolak pukul 8..Tapi biasalah kami yang pompuan ni kena la masak sikit wat bekal untuk budak-budak laki yang sangatla malas..^_^..Sebab kami terlebih rajin masak jadi bertolakla pukul 10.00 dari Ipoh.Pukul satu lebih sampai kat lumut..mau cari topi bajet hartis nak gi pantaii...beli topi + beli lauk..Bertolak ke teluk batik..sampai dalam pukul dua..bukak tikar (tapi tikar getah koyak-koyak yang amik kat umah fendi)hikhikhik..makan dan berangan jadi hartis..maka terhasil la gambar kat bawah ni..hee








Demam Lagi

Dua tiga hari ni aku kurang sihat sikit. Mungkin sekarang ni musim orang demam kot. Skali skala demam best jugak sebab ada orang ambil berat sal diri kita^_*..Dah seminggu aku berada di sekolah..bukan untuk praktikum tapi untuk menjalani internship..mungkin ramai yang tak tahu malah tak penah dengar sal internship ni kan??alahaiii macam-macam nama ada..susah orang-orang tua nak sebut..heee.Sebenarnya sem ni aku perlu ke sekolah selama sebulan..Perlu siapkan 3 projek, mengajar 2-4 masa seminggu dan menyiapkan kajian tindakan..Dengar macam senang kan?? tapi percayalah sangat la susah sebab tak cukup masa..huuuuu..
Kertas cadangan untuk projek pertama dan kedua dah diluluskan oleh gb...sekarang ni pun aku ngah wat persiapan untuk projek pertama yang akan diadakan pada hari selasa ni..harap-harap la projek aku nanti akan berjaya..kalu dapat markah lebih..aku sayang gb aku lebih..heeeee..projek??dengar macam gah kan??macam projek juta2 ja..padahal projek aku ni guna modal cuma 50 ringgit ja..yang lagi sedihnya bukan guna duit aku..tapi gb yang bagi..Alhamdulillah..moga sekolah ni sentiasa dimurahkan rezeki..ayat biasa kalu dapat sponsor dari sapa-sape...haishh kalu tak dapat maunya aku meraung-raung dalam bilik gb tu..sungguh tak malu..heeeeee..
entri ni macam karangan pun ada gak..siap ada perenggan bagai...hikhikhik..jauh da melencong dari tajuk..da sihat da kot..tak perasan plak aku demam malam ni..perlukan rehat..full stop..