BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, October 26, 2010

Mengenali Anak Didik

Masa kemas barang tadi aku terjumpa satu buku yang dah lama aku beli tapi tak berkesempatan nak baca lagi..padahal tak minat baca buku ilmiah..sebab dah ada kat tangan jadi aku amik la masa seminat dua tuk tengok benda apa yang ada dalam buku ni..skarang aku amik masa seminit dua lagi untuk kongsi ngan korang..dan aku minta korang pun amikla masa seminit dua untuk baca benda ni..tak rugi..kalau korang bukan cikgu..tak salah buat untuk diri sendiri, anak atau anak buah..:)

Analisa minat anak murid untuk memberikan gambaran mengenai dirinya dari segi cita-cita, sifat, perangai, prestasi, pendirian hidup, perwatakan, peribadi dan lain-lain. Ok kali ni kita analisa melalui jenis pokok yang murid-murid minat.

senaraikan nama-nama pokok dan pilih pokok yang diminati :-Pokok durian, rambutan, strawberry, limau/oren, betik/jambu, Mempelam, Kelapa, pisang/tebu/padi/serai, Kangkong/bayam/sawi, Pokok ru, bunga/ros/kertas, Orkid, Bunga Raya, Lalang

ok..meh kita tengok personaliti berdasarkan pokok yang dipilih :-

1. Pokok durian
disanjung orang, digeruni orang, suka membantu orang,dipandang tinggi/dihormati,mempunyai tenaga yang kuat,perlu berhati-hati dalam percakapan

2. Pokok rambutan
rendah diri,kelamkabut,suka menolong orang

3. Pokok strawberry
sensitif, fotogenik,suka disanjung,disukai ramai,suka bergaya,lemah pendirian,suka pada majlis yang besar2 dan protokol

4. Pokok limau/oren
senang bergaul,ada pendirian,disukai ramai,golongan sederhana,berani berterus terang,suka menolong orang,boleh bergaul dengan orang atasan.

5. Pokok betik/jambu
suka membantu,baik hati,sensitif,tidak suka bergaya,tetap pendirian

6. Pokok Mempelam
ada pendirian,disukai orang, tidak suka bergaya,suka membantu

7. Pokok Kelapa
ringan tulang, suka bergaul,rajin berusaha,suka berkawan,dikenali ramai,sanggup berkorban,suka merendah diri,suka menolong.

8. Pokok pisang/tebu/padi/serai
suka merendah diri, tidak suka bergaya,suka menolong, tidak suka byk cakap, tdk suka peduli hal orang.

9. Pokok Kangkong/bayam/sawi
rajin bekerja,dipandang rendah,berbudi pekerti mulia,ada kelebihan sendiri,tidak suka pedulu hal org lain

10. Pokok ru
suka menolong,tidak mahu bersusah payah,tidak/kurang bertanggungjawab

11. Pokok bunga/ros/kertas
peramah,suka bergaya,mudah mesra,pandai menjaga diri,suka berterus terang,suka pada kecantikan,tidak suka kerja-kerja berat/banyak

12. Pokok Orkid
agak sombong,suka kecantikan,kurang pendirian,suka berterus terang,kurang yakin pada diri sendiri, suka bergantung pada org lain.

13. Pokok Bunga Raya
memilih kerja, adakalanya ego, selalu perasan,menjaga status,suka menolong,tidak peduli hal org lain

14. Pokok Lalang
kurang tabah, suka berkawan,tidak bergaya, tiada pendirian..

3 comments:

WAHIDA ALIAS said...

waa....byknye pokok..nk pokok krismas ade?ekeke

.....mS.aDoRAbLe~LiXioUs..... said...

haha.. sy pilih pokok limau/ oren... siyes! ta de tpu.. ^^

droses said...

wahida..pokok krismas depa tak sempat nk p slidik lagi..hehehe

yaya: awak pilih pokok dulu tau pilih maksud dulu?..ekekeke