BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, November 12, 2010

Nak cantik gak...

Assalamualaikum..

Hari ni aku dah jadi model..*tulis sambil nyampah ngn ayat sendiri*hehehe..
bosan-bosan tak da keje nak buat hari ni..
kebetulan housemate aku baru ja g kelas makeup..
so aku tadah je la muka aku kat housemate aku ni tok ditenyeh2..
jom kita tengok hasilnya ........

*
*
*
*
*
eh jap2..tak da la pulak gambar aku sebelum dia makeup..
jap eh aku nk p curi gambar tu kat blog dia..hehehe

*
*
haaaaaaaa...dah dpt..
aku tahu korang tak sabar nak kutuk muka aku kan??
okeh aku izinkan..hahaha



ni gambar sebelum makeup..



ni gambar selepas makeup..
amacam ok tak??


Hari ni aku baru prasan yang aku ni tak sesuai makeup tebal sgt..
muka aku macam pelik jer..
tak nampak keayuannya..hahaha
kalau korang tak caya..
tgk gambar kat bwh ni plak..
*
*
*

ni gambar masa dinner bulan lepas..
juga rase mcm tak sesuai makeup :(


ni gambar 2 tahun lepas..
masa kak aku kawin..
seyes benci giler tgk gambar2 aku time ni..
tak nk kasi aku nampak comel langsung..*oppss..jgn menyampah yer..gurau je*hehehe


Pss: susah nk jumpa tukang makeup/cara makeup yg sesuai ngn muka kita kan??:(



Wednesday, November 10, 2010

Sebab korang kena remove..

Assalamualaikum..*haa..tak jwb bedosa tau* hehehe

Hari ni hari yang sangat tenang...exam da setel..
pasni aku tak yah susah-susah ngadap buku & nota2 da..
tak yah bengong2 sebab tak cukup tdo,
tak yah bebedar-debar sebab banyak tak benda tak study lagi..

5 tahun 1/2 bakal berakhir bila2 masa je la lagi dari sekarang..
nak balik tak boleh so terpaksa la lepak2 kat umah..kua ngn member2, tunggu tesis siap jilid, tunggu dinner dan bersiap sedia tuk dipanggil ke IPG secara mengejut..

Sambil2 tu bolehla layan fb sampai ke pagi..hehehehe..
haaaa..bercakap pasal fb ni aku rase sume org ada fb..
yg tak da fb tu ada dua kemungkinan ja..
yg pertama sebab dia tak minat sgt2 ngn fb*
mungkin fobia pakwe /makwe cabut lagi gara2 terpikat ngn laki/gadis lain kat fb* atau dia memang buta IT..hehehe..

Kawan-kawan fb penah remove korang tak??
mana la tau hari ni tgk friends ada 400 org..esok2 lusa da ada 200 org..haaa..
sah2 la kawan korang da remove korang..hahahaha
mangsa2 kejadian yang masih tak tahu mana silap korang sampai disingkir dari fb rakan..sila intai sebab2 kat bawah ni...
kot2 ada perangai @ sikap yang sama ngan korang..


1. Korang selalu update status yang menjengkelkan orang lain..contohnya
*Seronoknya i ada boyfriend kaya*

2. Korang tag nama semua teman lelaki kawan-kawan korang pada album seksi kamu
dengan tujuan suka2..

3. Korang suka tag nama kawan-kawan korang pada gambar/video yang tiada kena
mengena dengan mereka, kemudian bagi komen byk2 kat gambar/video tu..

4. Sentiasa beri komen negatif di profil fb org lain..itu tak kena,ini tak kena..*bajet
korang ja yang sume betul*


5. Korang suka tukar status fb setiap satu minit..*sampaikan nak masuk tandas pun
korang update*


6. Korang update gmbr kawan kamu paling hodoh dalam sejarah. Padahal kawan korang da beri amaran dah tak bagi masukkan..*haish korang memang degil*.

7. Kerap mencarut dalam bahasa pape pun kat wall korang atau org lain.

8. Haaa..ni satu lagi tabiat..pantang nampak kawan-kawan online..korang mesti nk ajak
bersembang..walhal korang tahu time tu dorang ngh online kat pejabat.

9. Korang tak penah on FB bertahun-tahun lamanya.sampaikan profile pic pun tak da..

pss : korang nombor brape??hehehehe



Friday, November 5, 2010

aku ada kawan korang ada??

haihhh..bahagia sungguh rasenya bila dengar ramai kawan-kawan da nak bertunang & kawin..bagusla tu umo da makin tua...ni la masa yang sesuai tuk korang pikir masa depan..
ramai yang duk tanya ko bila lagi??aku??hurm kalu korang tanya aku soalan ni 3 4 tahun lepas mungkin aku akan jawab... tahun pertama keje aku akan kawin..sebab masa tu aku tak suka kawin lambat2.nanti umo da tua anak baru nak membesar..
Tapi skarang bila da nk keje ni..aku rasa makin banyak la pulak tanggungjawab aku nanti..kawin letak tepi dulu..keje,bahagiakan family dulu,kumpul harta sikit2 baru pk sal kawin...ok tak??

Entry kali ni aku nak citer pasal xrumate aku yang nak bertunang 21/11 ni..arap2 langkawi tak banjir la noh..1st skali nak mintak maaf sebab tak leh nak pi langkawi..dulu beria2 aku gtau dia kalu nak tunang/kawin jangan lupa gtau aku..aku nak p..bila da ajak..*sory wak tak leh pi..nanti awak kawin saya pi.....haishh ni la manusia...*wat2 kutuk diri sdiri*
Eh jap2 nak lap air mata jap..tibe2 ja air mata bria nak kua time aku tulis n3 ni..hahahaha..
Banyak kot kenangan hitam,pahit,kelat,manis aku ngan xrumate aku ni..dia kawan yang sangat memahami aku..sebab tu aku sayang dia..bila dia cakap dia nak bertunang aku hepi sangat..&....aku nak bagi benda ni tuk hantaran dia...


.
.
.
.
.
.
.
.
.





Tak da lah semahal harga sebuah persahabatan yang tak ternilai..hohoho...Aku doakan moga jodoh dia berkekalan ke akhir hayat :)

Tuesday, October 26, 2010

Mengenali Anak Didik

Masa kemas barang tadi aku terjumpa satu buku yang dah lama aku beli tapi tak berkesempatan nak baca lagi..padahal tak minat baca buku ilmiah..sebab dah ada kat tangan jadi aku amik la masa seminat dua tuk tengok benda apa yang ada dalam buku ni..skarang aku amik masa seminit dua lagi untuk kongsi ngan korang..dan aku minta korang pun amikla masa seminit dua untuk baca benda ni..tak rugi..kalau korang bukan cikgu..tak salah buat untuk diri sendiri, anak atau anak buah..:)

Analisa minat anak murid untuk memberikan gambaran mengenai dirinya dari segi cita-cita, sifat, perangai, prestasi, pendirian hidup, perwatakan, peribadi dan lain-lain. Ok kali ni kita analisa melalui jenis pokok yang murid-murid minat.

senaraikan nama-nama pokok dan pilih pokok yang diminati :-Pokok durian, rambutan, strawberry, limau/oren, betik/jambu, Mempelam, Kelapa, pisang/tebu/padi/serai, Kangkong/bayam/sawi, Pokok ru, bunga/ros/kertas, Orkid, Bunga Raya, Lalang

ok..meh kita tengok personaliti berdasarkan pokok yang dipilih :-

1. Pokok durian
disanjung orang, digeruni orang, suka membantu orang,dipandang tinggi/dihormati,mempunyai tenaga yang kuat,perlu berhati-hati dalam percakapan

2. Pokok rambutan
rendah diri,kelamkabut,suka menolong orang

3. Pokok strawberry
sensitif, fotogenik,suka disanjung,disukai ramai,suka bergaya,lemah pendirian,suka pada majlis yang besar2 dan protokol

4. Pokok limau/oren
senang bergaul,ada pendirian,disukai ramai,golongan sederhana,berani berterus terang,suka menolong orang,boleh bergaul dengan orang atasan.

5. Pokok betik/jambu
suka membantu,baik hati,sensitif,tidak suka bergaya,tetap pendirian

6. Pokok Mempelam
ada pendirian,disukai orang, tidak suka bergaya,suka membantu

7. Pokok Kelapa
ringan tulang, suka bergaul,rajin berusaha,suka berkawan,dikenali ramai,sanggup berkorban,suka merendah diri,suka menolong.

8. Pokok pisang/tebu/padi/serai
suka merendah diri, tidak suka bergaya,suka menolong, tidak suka byk cakap, tdk suka peduli hal orang.

9. Pokok Kangkong/bayam/sawi
rajin bekerja,dipandang rendah,berbudi pekerti mulia,ada kelebihan sendiri,tidak suka pedulu hal org lain

10. Pokok ru
suka menolong,tidak mahu bersusah payah,tidak/kurang bertanggungjawab

11. Pokok bunga/ros/kertas
peramah,suka bergaya,mudah mesra,pandai menjaga diri,suka berterus terang,suka pada kecantikan,tidak suka kerja-kerja berat/banyak

12. Pokok Orkid
agak sombong,suka kecantikan,kurang pendirian,suka berterus terang,kurang yakin pada diri sendiri, suka bergantung pada org lain.

13. Pokok Bunga Raya
memilih kerja, adakalanya ego, selalu perasan,menjaga status,suka menolong,tidak peduli hal org lain

14. Pokok Lalang
kurang tabah, suka berkawan,tidak bergaya, tiada pendirian..

Sunday, October 24, 2010

Adam Maya

Hari ni aku bukan nak cerita pasal citer Adam Maya yang dilakonkan Sein dan Lisa Surihani tu..tapi aku nak citer pasal Adam Maya yang aku sendiri jadi pelakonnya..haaaa..hebat kan...Jalan Cerita tak cukup menarik kot..sbb tu la aku tak glamor....heeee..ok stop membebel...Sebenarnya lepas dinner hari tu kitaorang da rancang nak pegi bercuti kat pangkor..kira aktiviti last kitaorang la sebelum habis blaja ni..pas ni da bawak haluan masing-masing da..entah bertemu ke tidak nanti tak tahu laaaa.
Seminggu sebelum pegi pangkor kitaorang da buat game Adam Maya...Aku akan dapat sorang Adam dan aku akan jadi maya orang lain..korang faham??kalau tak faham buat-buat fahamla ya..kami berutus surat selama 4 hari..aku bagi surat kat adam olok-olok aku dan aku akan terima surat dari orang lain..masing-masing tak tahu dapat surat dari sapa sehinggalah malam pembuka rahsia di pangkor dan kat Pangkor semuanya terbongkar dan sesi bertukar hadiah dijalankan..


malam pembuka rahsia (gigih hidupkan unggun api)


hadiah dari aku untuk Adam



hadiah dari fendi untuk aku sbg mayanya :)


Friday, October 22, 2010

Aku Kembali Episod 2

6/10/20

Ok..tarikh kat atas pun da lama berlalu..tapi akan jadi kenangan sepanjang hayat aku..Majlis Makan Malam Hitam & Putih Kehidupan. Bertempat di Hotel Impiana Ipoh..Sebelum majlis ni kelam kabut aku dengan housemate pegi cari kedai makeup yang paling murah..last-last tersangkut kat satu kedai pengantin..ati tak rasa berminat pun..tapi dah tak da pilihan lain terpaksa la..dan hasilnya sangat la tidak memuaskan hati aku..




Thursday, October 21, 2010

Aku Kembali Episod 1

Halloo..aku kembali lagi setelah berbulan-bulan menyepi..hari ni tiba-tiba je aku rasa nak menulis kat sini..bukan apa..sejak dua menjak ni banyak sangat aktiviti yang melibatkan aku..walau sume aktiviti tu da basi da..tapi aku still nak tulis kat sini..bukan apa..aku ni mudah pelupa orangnya..so blog ni la yang boleh ingatkan aku pasal memori aku kat ipoh ni..

15/8/2010

Tarikh kat atas tu tarikh besday En. Joe. Masa ni aku tengah sibuk dengan Internship kat sekolah. Tapi aku sempat survey & tempah cupcakes NR YuMmiE masa kat sekolah ari tu..En. Joe cakap kek dia sedap tapi dia sedihla sikit sebab kat kek tu aku tulis happy birthday joe je..tak tulis yang special-special sikit..heeee




Aku amik pakej A..(cupcakes, coklat, bunga & kad)..haaa..cantik tak cupcakes tu..seminggu aku sibuk cari design tau..last-last berkenan yang ni..kalau ikutkan kurang seseuai nak bagi orang laki..tapi nak wat camna aku dan bunga ni macam tak boleh berpisah dah..heeee