BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, May 25, 2010

Tengah layan puisi yang best ni..jumpa kat blog HZ

DI SAAT

Disaat kamu ingin melepaskan seseorang
ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya

Disaat kamu mulai tidak mencintainya
ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya

Disaat kamu mulai bosan dengannya
ingatlah selalu saat terindah bersamanya

Disaat kamu ingin menduakannya
bayangkan jika dia selalu setia

Saat kamu ingin membohonginya
ingatlah disaat dia jujur padamu

Maka kamu akan merasakan arti dia untukmu
Jangan sampai disaat dia sudah tidak disisimu,
Kamu baru menyadari semua arti dirinya untukmu

Yang indah hanya sementara
Yang abadi adalah kenangan
Yang ikhlas hanya dari hati
Yang tulus hanya dari sanubari

Tidak mudah mencari yang hilang
Tidak mudah mengejar impian

Namun yg lebih susah mempertahankan yg ada
Karena walaupun tergenggam bisa terlepas juga
Ingatlah pada pepatah, "Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini"

Belajar menerima apa adanya dan berpikir positif
Hidup bagaikan mimpi, seindah apapun,
begitu bangun semuanya sirna tak berbekas
Rumah mewah bagai istana, harta benda yang tak terhitung, kedudukan, dan jabatan yg luar biasa, namun..

Ketika nafas terakhir tiba, sebatang jarum pun tak bisa dibawa pergi
Sehelai benang pun tak bisa dimiliki
Apalagi yang mau diperebutkan
Apalagi yang mau disombongkan

Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani
Jangan terlalu perhitungan
Jangan hanya mau menang sendiri
Jangan suka sakiti sesama apalagi terhadap mereka yang berjasa bagi kita
Belajarlah tiada hari tanpa kasih
Selalu berlapang dada dan mengalah
Hidup ceria, bebas leluasa,

Tak ada yang tak bisa di ikhlaskan
Tak ada sakit hati yang tak bisa dimaafkan
Tak ada dendam yang tak bisa terhapus.

Sunday, April 25, 2010

Jiwang Karat..

Time ni housemate sume da tido..tinggal aku sorang-sorang ja..terbeliak bijik mata depan lappy ni sambil dengar lagu tema aku ngan Mr. J...perasan sorang-sorang..^_^..haha..dulu time rumate ngan budak langkawi tu aku selalu melalak depan dia nyanyi lagu ni..tu dia cakap lagu tema aku ngan Mr. J..Skarang sejak duk serumah ngan classmate yang perangai sparuh waras ni..aku da tak melalak da..kalu aku melalak maunya terguling-guling dorang gelak sebab dengar sora aku yang merdu ni..Skarang dorang ngah tido..macam-macam gaya ada. Dulu kami pernah gila amik gambar sapa-sapa yang tido tak senonoh..skarang da meced da sikit..heeeee.Kla..sebelum dorang jaga baik aku layan lagu ni...


Marc Anthony - My Baby You

As I look into your eyes
I see all the reasons why
My life’s worth a thousand skies
You’re the simplest love I’ve known
And the purest one I’ll own
Know you’ll never be alone

Chorus:

My baby you
Are the reason I could fly
And cause of you
I don’t have to wonder why
Baby you
There’s no more just getting by
You’re the reason I feel so alive
Though these words I sing are true
They still fail to capture you
As mere words can only do
How do I explain that smile
And how it turns my world around
Keeping my feet on the ground

Repeat Chorus

I will soothe you if you fall
I’l be right there if you call
You’re my greatest love of all

Repeat Chorus

Arianna I feel so alive

Monday, April 19, 2010

Kueh Saya=)


Cuti tiga hari ni aku jadi rajin la plak..*Bangga dengan diri sendiri..heee*
dah lama aku nak belajar buat kueh apam..
barang-barang pun dah lama bawak dari kampung..
cuma hari ni baru berkesempatan nak cuba buat kueh ni.



suka sangat bila kali pertama cuba da nampak rupa kueh apam..
rasanya pun boleh tahan jugakla..
kata orang kueh apam ni kueh orang tua..
tapi aku tak kisah kueh orang muda ke orang tua ke..
asalkan aku pandai buat kueh..
orang yang kita sayang pun sudi makan kueh yang kita buat..
kira okla kan??






Sunday, April 18, 2010

KemBALI Lagi


Dari mana aku nak mula yea..
dah lama rasanya aku tak menjenguk kat blog ni..
bukan sebab tak da masa..tapi aku tak reti nak menulis..
setiap kali aku nak menulis rasa semacam ja..
bila dah tulis aku pasti delete balik..huuuu

malam ni tetiba jer teringat yang aku ada blog...
password pun da lupa..
lama jugak aku amik masa godek2 email..
last-last dapatla jugak masuk blog ni..*Alhamdulillah..syukur*

harap-harap ni bukan kali terakhir untuk aku..
harap-harap aku bukan hangat-hangat tahi ayam..hehehe
rasanya cukupla untuk malam ni..
sebagai permulaan untuk n3 yang akan datang=)


Monday, April 27, 2009

Rahsia BULan Kelahiran

saya sebenarnya tak da keje hari ni..bosan duk melepak ja..saya google la cari petua..baca cerpen kat tenet la.singgah blog orang..last-last skali saya jumpa Kajian mengenai bulan kelahiran dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.
haha.sapa-sapa yang lahir bulan Julai tu meh la kita intai apa sikap kita..kalu yang baik tu jangan lupa heboh-hebohkan..kalu yang buruk diam-diam suda..hhahahhaha



JULAI
* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
betul kot..bila tengok orang susah sikit hati saya mudah tersentuh..kadang-kadang saya menangis tanpa saya sedari..
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
bagi saya kenangan bersama kawan-kawan sukar dilupakan..sebab itulah saya sentiasa berhubung dengan mereka..
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
yea..saya memang suka duduk di rumah dari keluar jalan-jalan..tapi bila da keluar tu mesti tak ingat dunia...*malas nak bersiap sebenarnya=)*
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
balik dari kampung ja mesti berat saya semakin menjadi-jadi..maklumla bukan selalu dapat merasa masakan ibu yang tercinta..
* Minta disayangi.
saya selalu mengharapkan orang menyanyangi saya..tapi sayang saya tak pandai nak tunjukkan kasih sayang saya pada mereka
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja.
saya rajin ikut mud..dan mud saya bukan sentiasa rajin


sikap kamu sama tak macam saya??

Monday, April 20, 2009

Oliday

sudah sebulan lebih saya berkurung kat bilik..
dalam sebulan lebih jugak la saya tak fikir pasal shopping, jalan-jalan,tengok wayang & men futsal. .
saya hentikan sume tu sebab nak tumpukan pasal praktikum..
dan skarang hidup saya dah bebas..bebas sebebasnya untuk semester ni..ehehhe
semua dah berakhir hari Jumaat yang lalu..
gembiranya hati ini..
tak payah fikir nak mengaja ape lagi...
tak da la saya tak tido malam lagi..
dah.saya nak lupakan sal praktikum nih..
ianya meninggalkan seribu pengalaman dan jugak kenangan.
harap-harap markah saya pun cantik jugak..hehhe

semalam untuk pertama kali nyer dalam sebulan lebih ni saya dapat habiskan masa dengan kawan-kawan..
pegi holiday kat Bukit Merah..
kat bawah ni picture kat sana yang sempat saya hupdate..


seronoknyer men air


Muka-muka yang pegi hOliday

Wednesday, March 4, 2009

Aku HepI


masa mula-mula saya nak test keta hari tue ..
Hanya Allah yang tahu betapa risau dan berdebarnya saya..
nak jalan pun saya rasa da tak mampu..
nak makan pun dah tak lalu..
2 3 kali jugak saya pegi toilet...(hak3)
pagi tue saya mula ngan parking..
nasib saya bek cz saya lulus jugak walau keta yang saya guna time 2 macam har$#$#
saya betul-betul lega..
ingatkan panasnya sampai ke petang..
rupa-rupanya tidak..
saya fail kat jalan raya.
baru jer drive dalam 5 minit..
makcik jpj tu da mintak saya brenti keta dan dia yang bawak..
yaAllah betapa hancur dan luluhnyer ati saya..
nak nangis pun ada gak..tapi saya wat-wat cool ja..
sedey memang sedey..tapi dah tak leh nak ubah pape dah..
saya balik ari tu dengan perasaan yang betul-betul kecewa..


2 weeks later..hari ni lah tue..
seawal jam 6 pagi saya dah bagun sebab cikgu Zahari datang amik kul 7..
saya tak sempat pun nak breakfast just bawak biskut dan air kotak anlene sebagai bekal..
sampai kat driving skol dalam kul 8 pagi camtula..
sementara nak tunggu turn saya..
saya berdebar gila..yaAllah takutnya ..Hari yang panas pun saya boleh rasa sejuk..
kaki, tangan sume dah rasa menggigil nak-nak time saya tengok muka-muka jpj yang ada kat ctue..
Syukur nasib saya baik kali ni..
saya boleh bawak keta dengan tenang..
dan akhirnya saya berjaya jugak sampai kat driving skol tu balik..
time dapat result tu sume mimpi ngeri da ilang..
yang ada hanya senyuman ja kat bibir saya nie..walau senyuman saya tak brape nak cantik..disebabkan saya hepi..saya nak senyum jugak..hahahahha
hari ni kisah saya bermula dengan penuh debaran..
dan berakhir dengan kebahagiaan..
dan yang pastinya..
dalam setahun dua lagi saya akan tinggalkan Ipoh dengan seribu kenangan..